Pages

Sunday 22 January 2012

Futsal 1 Malaysia...

Percaya atau tidak?? Team Futsal Wanita MP Sepang telah terpilih untuk menyertai Kejohanan Futsal 1 Malaysia Peringkat Kebangsaan.. Anda mesti PERCAYA OK!!.. Terima kasih kepada Majlis Belia Sepang yang sudi memilih kami mewakili Parlimen SEPANG sebagai pasukan Wanita..Dan kami di taja oleh Majlis Belia Sepang dan KSK Mp Sepang..

Pada mulanya aku malas nak join sebab operation telinga ku yang masih belum sembuh..n Doc pun pesan jangan buat aktiviti lasak..tapi di atas KEDEGILAN budak bernama SHREK HIJAU ni, akhirnya aku tewas jugak bile tengok dorang training.. JELES kuat aku bile tengok dorang sepak bola.. mane tahan beb.. ape lagi tiap petang bawa baju trainin.. kasi sepak bola hingga goal...

Hari yang dinanti tiba.. Kejohanan berlangsung 3 hari pada 20 Januari hingga 22 Januari.. tapi kami main 2 hari jer sebab hebat sangat... KahKahKah.. dapat pelepasan/cuti tanpa rekod pada 20 Januari tu.. Ari Jumaat. game kami malam.. 

Kami berada dalam grup 36 daripada 222 pasukan Wanita yang menyertai Kejohanan ini mewakili Parlimen masing-masing.. Grup 36 ni terdiri dari 6 Parlimen iaitu Mas Gading Sarawak, Seremban, Pokok Sena Kedah, Sungai Siput Perak, Keningau Sabah dan Sepang.
Malam 20 Januari, team kami kena lawan 3 team Mas Gading,Pokok Sena dan Sungai Siput.. Kalah dengan Mas Gading yang ganazzz, Menang dengan Pokok Sena.. draw penalti dengan Sungai Siput..
Gaya dan lagak dorang sumenyer ganaz like tomboi2 dgn rambut terpacak n sua pendek.. mmg mcm lelaki abis r.. team kami pulak sumenyer ayu2 belaka.. nti korang tengok la pic kami..malu2 miow..

Hari Kedua, lawan dengan team Seremban dan Keningau.. Kalah teruk!!.. dengan seremban 3-0, Keningau 5-0.. kena tiaw kami dengan team tu.. Tahniah kepada SEREMBAN yang menang juara kumpulan yer... 

Apepun.. tahniah kepada team Sepang yang sanggup mengorbankan masa,tenaga demi kejohanan ini.. terima kasih kepada coach kami yang mgheret anak dan is3 yang sarat mengandung demi team Sepang ini.. yang penting semangat kesukanan yang x pernah luntur dalam diri ini.. go go go!!.. 

Marilah lihat foto-foto cun kami ketika kejohanan tersebut.


 Kasi senyum dulu sebelum perlawanan..
Tengah siap-siap pakai kasut...

Muke tak sabar nak masuk gelanggang...

Me, Eifa dan Nadiah

Kami lagi..

Muke penat kejar bola..

P/s : Majulah SUKAN untuk negara.. Majulah SUKAN untuk kesihatan.. Glory Glory Glory MU..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...