Pages

Thursday 3 January 2013

Resipi Rainbow Cake


Taaaaadaaaaa… Selamat Tahun Baru 2013.. hahaha
Apepun saya ingin mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2013..
Mulakan azam baru untuk menjadi insan yang lebih baik…

Di sini saya ingin berkongsi resipi membuat kek pelangi cheese cream atau lebih dikenali RAINBOW CAKE.. niat di hati teringin bonar nak buat kek ni.. so dengan keazaman yang membuak2 aku pun meng-google resipi rainbow cake ni… tak payah gi kelas masakan.. try sendiri je kat umah.. sedap ke tidak sendiri tanggung je la yerr….

Rainbow Cake ni dibuat sempena kepulangan anak buah ku yang sulung dari SIbu, Sarawak.. balik bercuti ke semenanjung selama 10 hari berjumpa keluarga… almaklum laa askar katanya.. raya tak dapat balik kampong, so kena tunggu turn cuti baru dapat pulang jumpa keluarga di KL dan Sepang..

Kek ni aku buat ari Sabtu aritu 29.12.2012.. pepagi dah bangun pi kuarkan cheese.. masak air untuk sarapan x buat langsung..  bahan-bahan rainbow di utamakan.. haahahaha…

Oklaaa.. malas bebel2 panjang.. moh ler jenguk resipi rainbow cake saya ni.. simple jer.. xpayah buat yang banyak bahan.. sama jer rasanya.. yang sedap cume cheese cream + whipping cream…

Resipi Rainbow Cake – Shrek Hijau Lagi Menawan(haruss laaa tulis)

Bahan Kek
3 cawan tepung naik sendiri
1 ½ cawan gula kastor
1 pek buttercup @ 250gm mentega (terpulang nak pakai brand ape)
5 biji putih telur (kuningnya buat telur dadar)
1 ½ cawan susu segar atau susu cair (cap pape pun boleh)
Secubit garam
2 sudu esen vanilla
Pewarna pilihan (Ungu,Biru,Hijau,Oren,Kuning,Pink+Merah)

Bahan Topping
250gram cream cheese (aku pakai brand Tartura jer)
1 cawan gula aising (aku letak half jer.. x suka memanis)
½ cawan mentega

Cara Membuatnya

-- Memula panaskan oven
-- Ayak tepung naik sendiri dan garam.. ketepikan
-- Pukul butter dan gula sehingga kembang dan putih menggebu…
-- Pastukan.. masukkan putih telur sebijik demi sebijik.. (tapi aku hentam masuk semua)
-- Pukul lagi sampai adunan cantik.. kata ko!!
-- Masukkan esen vanilla
-- Masukkan tepung yang di ayak dengan susu berselang seli yer

-- Setel semua bahan tu.. korang asingkan kepada 7 bahagian untuk pembahagian warna itulah dinamakan rainbow cake.. sebab kena masukkan pewarna… ikut suka korang la yer nak letak warna pape…

-- Tuang dalam Loyang bulat dan bakar selama 15 minit.. suhu 170’c
-- Jangan buat tebal2 yer.. x cantik katanya.. buat nipis2 yang comel yer…
-- Dah siap bakar, asingkan dan sejukkan dulu cake tu..
-- Sambung buat sampai habis semua warna tu.. kalo 7 pewarna jadi masa yang di ambil adalah 1 jam lebih.. penuh kesabaran aku membuatnya… sabar dan senyum…

-- Bahan topping pulak.. korang pukul jer semua bahan2 tu.. sampai kembang..
-- Bila cake semua dan masak, time korang nak lapis kan atau lekatkan lapisan kek tu sapulaaa dengan topping tu.. sapu cantik2 yer… tapi aku letak jem blueberry dalam 2 lapisan.. hihi..mak yang request.. ikutkan je laa…

--- Pastukan.. korang balut kek korang dengan topping cream cheese tu.. haaa.. ni yang sedap..sapu tebal2.. nyum2..

-- Hiasi la kek anda sesuka hati yer.. letak laa sprinkle beads, coklat chip, coklat rice…
-- Taaadaaaa… menjadi la Rainbow Cake idamanku…  then boleh la makan…

Ini rupe Rainbow Cake Shrek Hijau yer..



 Cuba laa korang buat.. pasti menjadi... Selamat Mencuba yer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...