Pages

Friday 18 May 2012

Segmen : Blogger Card by Raihan

Haiii korang.. malas nak buat entry.. so keje nyer join segmen orang..
moh2.. kite join yer.. sayang korang.. muahhhhxxx...

 
korang yang sangat ooohseemm..

sila clik CARD

JOM joinnn :)

tarikh tamat : 20 / 5 / 2012

Tuesday 15 May 2012

Lukisan Termahal Di Malaysia


1. THE DREAM
Lukisan termahal di negara ini dikatakan karya pelukis terkenal, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein. The Dream dihasilkan pada tahun 1969. Lukisan ini telah dibida RM500,500 dalam satu lelongan.


2. JAVANESE GIRL
Seorang pelukis iaitu Datuk Mohd Hoessein Enas turut tersenarai antara lukisan termahal di Malaysia dengan nilai yang terjual pada harga RM127,600. Beliau merupakan antara generasi pelukis terawal negara dan selalu dijemput untuk melukis potret keluarga diraja.

Monday 14 May 2012

Part 3 : Kuala Terengganu

Last day kami di Kuala Terengganu... Dan entry terakhir di Terengganu.

Pepagi lagi dah bos dah plan nak pergi Masjid Kristal dan Tamadun Islam.. so kami siap la nak pergi ke sana..
Subhanallah sangat cantik masjid itu.. tapi sy sedih sebab x dapat nak solat sunat masjid di sebabkan keuzuran melanda.. maklumlaa perempuan.. kami ingat nak naik boat kat kuala tu, tpai penuh dengan bebudak sekolah.. so kami yang baik hati bagi la dorang naik.. x lama kami kat sana dalam 1jam lebih jer.. tunggu bos masuk dalam tamadun islam tu..

Cam biasa singgah Losong untuk beli kopok lekor.. ku beli kopok lekor kat gerai Adik beradik tu.. sedap katanya.. fresh buat masa tu... rm100 terbang beli kopok untuk famili dan kiriman kekawan.. pastu singgah beli sata ikan yg sedap tu.. maaf xda pic.. sebab luper bile makan tu.. hihihi...

Pastu kami balik rumah rehat2 sebelum sambung lagi shoping di Pasar Payang tu.. semalam tak cukup kot nak beli memacam.. nak buat camne?? sume kaki shoping.. termasuk geng2 lelaki nya... 2 jam lebih jugak la kami di sana... lagipun kami nak balik malam... so kami pusing2 lagi Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.. pi makan sotong celup n ikan celup.. sedappp beb.. (eiiii xtau la nak tulis ape lagi la, cukup je la ni yerr)

Saya dan mama dengan anak2 bos.
Turtle Color HIJAU
Wow...
Sedar diri aku kerdil sangat2.
Kilang kopok Lekor Adik Beradik di Losong

Homestay Adik.. boleh laa..
Excited dapat li tetel untuk kekawan.

 P/s : Saya nak pergi Terengganu lagi...

Sunday 13 May 2012

OST Seindah Sakura - Buat Ku Di Sana



Buatku Di Sana by Mafa feat Ronnie


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta








Pesanan : Saya peminat tegar Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.


Saturday 12 May 2012

SEINDAH SAKURA


Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru yang telah menemui anda dalam slot Akasia. So marilah kite melanguk depan tv bila jam 7.00 malam.. Semuanya gara-gara Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. FF tu.. Rupanya cerita dari novel jugak.. Seindah Sakura hasil penulisan Liza Zahira.

Maaf yer kekawan.. saya merupakan peminat tegar lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.. saya suka dengan lakonan mereka yang bermutu..

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seorang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Oyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.
Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya.

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.
Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.
Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira.



P/s : Saya sangat mengagumi lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad walaupun korang tak suka.. Ade aku kisah ke?? hak aku untuk menyukai lakonan sesape yer...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...