Pages

Saturday, 12 May 2012

SEINDAH SAKURA


Seindah Sakura merupakan sebuah drama terbaru yang telah menemui anda dalam slot Akasia. So marilah kite melanguk depan tv bila jam 7.00 malam.. Semuanya gara-gara Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad. FF tu.. Rupanya cerita dari novel jugak.. Seindah Sakura hasil penulisan Liza Zahira.

Maaf yer kekawan.. saya merupakan peminat tegar lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad.. saya suka dengan lakonan mereka yang bermutu..

Sinopsis Drama Seindah Sakura Slot Akasia TV3

Seindah Sakura mengisahkan Shakira seorang pelajar yang sering disalah erti oleh gurunya (Cikgu Airil) sebagai seorang pelajar yang bermasalah . Tetapi kematian Oyang Kiah telah membuka kisah duka Shakira hingga menimbulkan rasa kesal di hati Airil disebabkan sikap buruk sangkanya selama ini pada Shakira. Kesudian bapa saudara Airil, Datuk Walid mengambil Shakira tinggal bersamanya menyenangkan hati Airil.
Ibu Shakira, Rosmah, yang telah lama menghilangkan diri muncul kembali tetapi kemudian ditangkap polis kerana membunuh tanpa niat lalu dipenjarakan. Disebabkan Rumah buruknya hangus dalam kebakaran, Shakira terpaksa kembali ke pangkuan Datuk Walid walaupun tahu anak datuk iaitu Anida membencinya.

Anida sentiasa ada agenda buruk terhadap Shakira malah tidak pernah menyembunyikan rasa tidak senang hatinya pada Shakira. Disebabkan cemburu dengan kemesraan antara Airil dgn Shakira, lalu Anida membuat fitnah untuk menimbulkan perasaan benci di hati Airil terhadap Shakira.
Ketegasan Airil telah mencampakkan Shakira ke rumah pemulihan akhlak walaupun dia bukan remaja rosak. Tapi fitnah telah membuat Airil percaya Shakira terlalu bebas pergaulannya, hingga sanggup menggoda Airil. Kerana Kecewa Airil mengambil keputusan untuk ke luar Negara.
Dengan ihsan Datuk Walid, Shakira berjaya meneruskan pelajaran dan mengambil SPM. Dia cuba lari dari kongkongan Datuk Walid bila merasakan pandangan dan perhatian Datuk Walid kelihatan lain macam terhadapnya. Tapi alasan Datuk Walid untuk membawa pulang ibunya yang HIV positif untuk dirawat secara rapi di rumah, Shakira sekali lagi terperangkap. Ibunya semakin sihat walaupun tidak akan sembuh sepenuhnya. Tawaran ke UIA telah membuat Datuk Walid melamarnya dan berjanji akan menanggung pengajiannya hingga ke peringkat tertinggi.

Shakira ingin menolak tapi ibunya melihat itu sebagai peluang untuknya memajukan diri dan keluar dari kancah kemiskinan yang membelenggu Shakira sejak lahir. Shakira cuba lari dari kemelut itu, tetapi padah yang datang bila seluruh wang simpanannya ditipu sepasang suami isteri yang kononnya mahu membantu dan kemudian dia juga hampir-hampir dilacurkan. Semua itu berlaku dalm tempoh kurang 2 hari. Malang betul nasibnya. Lalu terpaksalah dia kembali semula ke rumah mewah Datuk Walid. Dia akhirnya bersetuju berkahwin dgn Datuk Walid tetapi meletakkan 2 syarat agar dia tidak sentuh selagi belum tamat pengajian dan dia akan terus memanggil Datuk Walid dengan panggilan ‘pakcik’ seperti biasa. Datuk Walid bersetuju dgn syarat-syarat tersebut, lalu dapatlah dia berbini baru yang baginya seiras dengan arwah isteri pertamanya dulu.

Selepas 4 tahun ijazah, Shakira sambung lagi dua tahun dan dalam tempoh itu dia rapat dengan Putera Haziq yang amat menyintai dia, siap curi-curi ke rumah Shakira dan melamar Shakira melalui Datuk Walid yang disangka ayah kepada Shakira. Sebenarnya masa itu Datuk Walid sedang menguruskan urusan penceraian mereka, mungkin sebab rasa bersalah kerana Anida menjadi punca ibu Shakira meninggal dunia. Sebenarnya Datuk Walid ini ada agenda yang baik dan positif untuk Shakira.



P/s : Saya sangat mengagumi lakonan Fasha Sandha dan Fahrin Ahmad walaupun korang tak suka.. Ade aku kisah ke?? hak aku untuk menyukai lakonan sesape yer...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...