Pages

Thursday 13 December 2012

LAKSA SHREK HIJAU.... Sedaappp weiiii

Hohohohohoohohohoho…

Inilah Laksaku yang sedappp... oooohoiiiii puji diri sendiri jee
Kembali lagi dengan entry masak2 yer… x tau ape jadi dengan blog aku ni, semua ade weiii.. skrg ni tengah musim mood aku memasak.. oleh yg demikian, entry resipi memasak jer aku buat yer.. soriii la yer…

Actually Mak aku teringin nak makan laksa.. so aku dengan rajinnya memasak untuk mak arini.. sebenarnyaa… arini aku buat 3 jenis, 1. Laksa, 2. Cheese Cake Nestum n Aiskrim. Aku up dulu entry laksa yer.. sbb aku asik amik gambar jer masa masak sume ni… al maklum laaa x pernah teringin nak jadi Chef pun, tapi kerana minat tetiba ni laaa yang aku jadi rajin memasak wei….

Laksa ni memang feveret kami sekeluarga… selalunya mak aku yang buat, tapi kali ni aku yang masak.. Untuk kami berdua je makan… so resipi ini aku bantai jer… sukahati aku jer sukatannya.. bak kata chef wan, lempar2 je masak tu.. confirm sedappp.. jika ikhlas memasaknya.. ceeewahhhh…

Bahan-bahannya ( Untuk 4 orang makan )

6 ekor Ikan sardin atau ikan kembung (direbus )
Sepeket Laksa
4 tangkai cili merah besar ( nak pakai cili boh pun boleh ) - kisar
8 biji ciliapi ( ikut suka korang nak letak atau tidak yer ) - kisar
4 ulas bawang merah - kisar
3 ulas bawang putih - kisar
4-5 asam keping
2 batang bunga kantan
4 batang daun kesum
Sedikit belacan - kisar
Garam secukupnya

Mula-mula korang rebus ikan tu dengan asam keping dan bubuh sedikit garam. Bila rasa ikan dah masak sila ambil isinya dan jangan buang tulang ikan tersebut.. Korang amik tulang ikan dan kisar sehingga halus menggunakan air rebusan ikan.. Ditapis bahan tersebut dan ambil airnya untuk di masak sekali bersama bahan dikisar.

Lepas tu, korang kisar bahan-bahan seperti yang tertera di atas tu, bawang,cili,belacan yer… then masukkan dalam periuk… masak atau rebus bahan ini hingga mendidih.. dan jangan lupa masukkan sekali air rebusan ikan dan isi ikan tu.. then, masukkan bunga kantan, asam keping dan daun kesum.. serta garam secukup rasa… Tunggu kuah tersebut sehingga merenih yer.. atau maksudnya masak yer.. pepandai la budget kuah dah masak ke belum..

Bahan-bahan Ulaman

Daun salad
Bawang yang di hiris
Timun yang dicincang
Telur rebus
Nenas (jika ada)
Limau sambal (jika ada)

Hiris ulaman tersebut dan siap sedia untuk di hidang…

Apalagiiii.. kasi ngapppp masuk mulutt ar…



Seronok tengok Mak makan laksa yang aku buat.. Dia kata sedapppp weiii…
Yahoooo… adik Berjaya buat laksa yang sedap untuk mak tersayang…

So, korang kalo rajin.. buat la laksa untuk makan sekeluarga yer… 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...