Mari kita membuat Pavlova…
Teringin nak buat pavlova buatan sendiri… asik makan pavlova beli jerkan… so aritu terajin ler pulak nak membaking kunun… beria-ria mendapatkan bahan untuk pavlova.. dan sangat bangga apabila percubaan pertama ku menjadi… bahan-bahannyer mudah jer, yang penting semangat dan aura membaking itu perlu ada.. jangan putus asa.. biasalah adat memasak, adakalanya menjadi kadang2 tak jadi langsungkan… lumrah dalam masakan.. waduhhh…
so poyo jer ayatnyer…
Sejarah PAVLOVA di ilhamkan sempena penari ballet Russia Anna Pavlova.. alaaa penari ballet yang cantik tu.. Anna Pavlova.. sedapppp gak namanya..
Pavlova ni adalah sejenis ‘meringue yang garing di luar dan lemmmmbuuutttt di dalam…. Tapi selalunyer bila yang beli ni manissss sangat.. tumpah gula kata mak aku.. so aku kurangkan gula bagi memanis buah jer yer… kurangkan gula dalam masakan atau minuman supaya anda tak kena kencing manis… panjang plak mukadimah aku ni.. moh ler kite tinjau bahan-bahan nak buat pavlova ni.. tapi pavlova ku comey2 jer sepertiku.. nantilaa buat yang besar...
Bahan-bahannya adalah seperti berikut : (sila tengok bawah)
(Meringue)
4 biji telur (putih telur sahaja)
3/4 cawan gula icing atau caster (aku guna 1/2 cawan jer.. sebab ikut kempen kurangkan gula)
1 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu cuka masakan
(Topping)
1 cawan Whipping Cream
1/2 sudu the esen vanilla
Whipping Cream yang sedap.. dah rotate tapi tetap keluar mcmni.. |
Yang Penting Halal yer.. |
woiiii.. topping siap kocok.. di kocok2.. teringat plak inul darasista.. |
(Hiasan)
Buah-buahan segar seperti buah kiwi, strawberry, blueberri dan mangga..
Letak coklat pun Ok jugakk.. ce korang letak cadbury...
(tapi sukahati koranglaa nak letak buah ape, janji sodaaappp)
Kertas surih atau kertas minyak untuk membuat bulatan yer..
Hand Mixer untuk memukul bahan-bahan semua ni…
Cara-cara membuatnya…
1. Pukul putih telur sehingga separa kembang (guna mixer yer)
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit sehingga habis. (pukul sehingga sempurna,
jangan sampai ade gula yang belum hancur jika guna gula caster)
3. Pukul adunan sehingga berkilat dan bertanduk... bukan tanduk kobaww yer.. maksudnya,
bila korang tarik adunan tu, ade sedikit tanduk tajam dihujungnya..
Masa ni korang leh panaskan oven yer..panaskan dalam suhu 150 darjah dan nanti bila kita nak membakar turunkan sedikit sehingga 130 darjah… tapiii kan pepandaiii korang laaa adjust sebab oven korang kan lain-lain jenama… tak sama dengan umah aku… jadi ikut kesesuaian korang..
Masukkan cuka masakan, esen vanilla dan tepung jagung
" tujuan memasukkan cuka masakan dan tepung jagung adalah untuk mendapatkan tekstur
yang garing pada kulit meringue tu"
Lepas tu mari kite melukis plak, di atas kertas surih atau kertas minyak .. buat bulatan di atas
kertas minyak.. ikut versi korang laa.. aku buat 2 bulatan kecik 2 bulatan besar.. guna piring
dan cawan jer buat bulatan tu.
yang garing pada kulit meringue tu"
Lepas tu mari kite melukis plak, di atas kertas surih atau kertas minyak .. buat bulatan di atas
kertas minyak.. ikut versi korang laa.. aku buat 2 bulatan kecik 2 bulatan besar.. guna piring
dan cawan jer buat bulatan tu.
7. Bila dah molek adunan tu dalam loyang pembakar haruslah di bakar dalam oven yang di panaskan tadi.. Bakar selama 1 jam atau 60 minit.. tapi bergantung kepada oven memasing..
8. Apabila meringue kite masak, dan warnanya bertukar keperangan.. maka jadilah laa meringue korang tu.. biarkan seketika meringue tu di dalam oven sehingga sejuk yer.. jangan terus di bawa keluar.. biar meringue sejuk bersama ovennya…
Meringue yang telah dimasak.. warna perangkan.... |
Cara buat whipping cream
<!--[if !supportLists]-->1. <!--[endif]-->Pukul whipping cream dengan gula dan esen vanilla sampai kental. (ala-ala bertanduk la jugak)
<!--[if !supportLists]-->2. <!--[endif]-->Kalo nak lagi sedapp, simpan whipping cream dalam peti sejuk beku dalam ½ jam sebelum di letakkan ke atas pavlova.. seeloknya, buat whipping cream selepas meringue masak yer…
Lepas tu korang letak lah whipping cream tu atas meringue yang dah sejuk tu.. letak bebanyak pun sodappp… nikmatttt rasanya.. hias la dengan buah2an yang korang suka.. so jadilah pavlova..
Sapukan whipping cream.. |
Letak banyak lagii.. supaya lagi sedapp |
Mini Pavlova saya yang comey... saya letak coklat.. |
No comments:
Post a Comment