Pages

Monday 1 February 2016

2016 - DUA KOSONG SATU ENAM

Assalamualaikum semua..

Berkumandang shrekhijau di tahun 2016 yang sendu..
Nampaknyer memang sendu blog ni.. makin hari makin senduuuu gitu..
Entahlah.. jari jemari ku memang lemah nak menaip ni..
Apakan daya kesibukan kerja membatasi segalanya.. klise jer ayat ko tu kan..
Hahahahahaha...

Okay ler.. moh kite cerita kisah shrekhijau sepanjang kesenduan beliau selama 5 bulan yang lalu.. entah ape laa yang dia diam sangat sampai tiada masa untuk menaip apatah lagi menjenguk shrekhijau.blogspot ni.


KESIHATAN
Dalam bulan November aritu, daku menjalani pembedahan di HKL.. macam biasa my endometriosis menular lagi sekali setelah 9tahun menyepi dalam hidupku.. tak sangka benda tu muncul semula.. kali ni panjang 11cm.. memang tak sakit dan perut nampak buncit sikit jer.. ku ingat buncit sebab diri terasa gemuk.. yelaaaa 52 kg wooo.. memang sangat berat untuk diriku.. 21jahitan di sekitar perut menular ke pusat.. panjang menegak jahitan itu. so berbekas lagi laaa perut ku.. ujian allah untuk aku. 
Dan sangat terharu bila semua kakakku dan emak menjaga ku di hospital.. sedih rasanya bila dorang sanggup tinggalkan keluarga sendiri demi menjaga adik di hospital. Jutaan terima kasih tak terhingga buat mereka yang sudi menjagaku.. 
oooo.. tak lupa juga pada si dia yang menjagaku ketika sakit di NCI selama 4hari..
Hanya allah sahaja yang mampu memberi penghargaan dan balasan yang baik untuk mereka. 
Hampir 2 bulan aku bercuti.. Cuti sakit yer dari hospital kerajaan.. terasa bersalah kepada partner kerja kerana terpaksa cover my works.. 


CINTA
Ini agak kelakar jugak..
sebab dalam pada cuti sakit, boleh pulak bertunang pada awal Disember aritu.. kahkahkahkah.. tak padan sakit, tapi bole bertunang pulak... hehehe.. plan nak bertunang masa tu, belum sakit lagi.. tapi si dia nak jugak teruskan perhubungan ni dan menjadi lebih indah.. so plan bertunang masa sakit pun menjadi.
Alhamdulillah, saya telah menjadi tunang untuk dia. InsyaAllah akan melangkah ke step perkahwinan pada tahun ini jugak.. Doakan perhubungan kami kekal hingga akhir hayat.


MACAM MACAM  

1. My BNB dah setahun.. kena laaa renew roadtax Januari lalu.. moga my bnb sihat sejahtera dan segar dalam menemani hidup seharianku yer.. rasa nak bagi BNB spotrim gold laaa... rasa jer laa... tunggu yer. moga ade rezekimu BNB ku... patung shrek dah ada dua di belakang tu.. smart gitu.

2. Aritu 11 Januari.. teringat weiii.. sampai nangis terkenang 11Januari.. banyak sangat kenangan terindah kami bersama.. moga beliau tabah harungi 11 januari tanpa diriku.. sukar sebenarnya nak melepaskan pergi 11januari, tapi ko kena kuat untuk buktikan ko boleh hidup tanpa 11januari walaupun ko tak pernah lupa kenangan itu. Terima kasih kerana pernah hadir dalam kehidupan aku.

Okay laaa.. habis kat sini untuk setakat ini..
Tak leh nak uplod gambo laa.. sebab gune pc opis.. 
tak pe laa yer.. ini ajer yang dapat ku taip untuk tatapan kalian.
Maaf di atas kekurangan atau kesalahan tatabahasa yer.. hihihihii..

tunggu laa entry yang seterusnya jika kerajinan aku menaip tauuu..
Lebiu. sekian, wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...