Pages

Friday 10 October 2014

Sekali lagi aku ingatkan.
Pergi makan nasi,
Bukan makan hati

Thursday 9 October 2014

KASIH BERBISIK


Teruja aku bila ada drama terbaru Remy Ishak.
Drama bersiri bertajuk Kasih Berbisik di TV3 pada setiap hari Rabu jam 9.00 malam.
So aku akan pastikan hari rabu tu, aku akan balik awal dan standby depan tv jam 
8.45 malam.. nak tengok remy ishakku... ooo remy matamu menusuk kalbuku...



Drama bersiri terbaru di TV3 berjudul "Kasih Berbisik". Drama ini dibintangi oleh pelakon gabungan 3 negara iaitu Remy Ishak, Keith Foo, Tasha Shila, Nick Mikhail dari Malaysia; Nick Mikhail dan Nurul Aini dari Singapura; dan Demmy Febriana dari Indonesia.
Tayangan pertama drama ini pada 1 Oktober 2014 pada jam 9 malam di TV3.

Pelakon Drama Kasih Berbisik
Remy Ishak sebagai Imran
Nurul Aini sebagai Nora
Demmy Febriana sebagai Sulastri
Keith Foo sebagai Darma
Tasha Shila sebagai Tina



Sinopsis Drama Kasih Berbisik

Kasih Berbisik adalah kisah klasik cinta yang tidak kesampaian dan persahabatan yang menjadi keruh. Drama ini berkisar kehidupan Imran, seorang arkitek Singapura yang pergi ke Bali untuk bekerja tetapi menemui cinta hatinya, Sulastri, seorang penari Bali. Imran menyimpan rahsia perkahwinannya dengan Sulastri daripada isteri pertamanya selama 6 tahun, Tina. Setahun kemudian Sulastri melahirkan bayi perempuan bernama Eka.




Pada masa yang sama, Dharma, bekas teman lelaki Sulastri, telah bertekad untuk memilikinya semula walau dengan apa cara sekalipun. Perasaan dendam yang membara menguasai diri Dharma apabila mengetahui Imran telahpun mengahwini Sulastri dan merahsiakan perkahwinan pertamanya daripada Sulastri. -



Apalah ending drama ni kan..
Kalau remy berlakon mesti ending drama yang best2... syoookkkk wooo....
So marilah menanti drama ini sehingga episod terakhir.

Tuan belog teman remy pergi shooting di Bali.. dengsss!!!. pasan kedaung laa!!


Lagu tema nya pun best jugak.. dari Taufik Batisah penyanyi dari Singapore.

Lagu Menakluk Cinta -Taufik Batisah

Tersedar ku dari khayalan terpisah dunia anganku
Sinar segala tertiba bayangmu menjelma
Menemani harapanku yang kian hancur segalanya

Patutkah aku dikurnia sentuhan kasih darinya
Menantikan cinta yang terindah

Setinggi bintang di angkasa seluas lautan yang indah
Harapan tuk bertemu cinta terakhir hidupku
Sejauh ke hujung dunia rela ku melakukan apa saja
Tuk menaklukan cinta terakhirku

Patutkah aku dikurnia sentuhan kasih darinya
Menantikan cinta yang terindah

Setinggi bintang di angkasa seluas lautan yang indah
Harapan tuk bertemu cinta terakhir hidupku
Sejauh ke hujung dunia rela ku melakukan apa saja
Tuk menaklukan cinta terakhirku

Setinggi bintang di angkasa seluas lautan yang indah
Harapan tuk bertemu cinta terakhir hidupku
Sejauh ke hujung dunia rela ku melakukan apa saja
Tuk menaklukan cinta terakhirku
Tuk menaklukan cinta terakhirku




Tuesday 7 October 2014

Luahan

Maaf... aku ingin meluahkan sesuatu di sini..
Semenjak dua menjak ni, hati aku teramat sensitip.. dari benda kecil pun aku selalu anggap benda tu besar dan mengganggu pemikiran ku...

TENTANG DIRI

semakin kuat makan dan gemokss... hahaha.. gemok salah,  kurus pun salah.. jadinya serba salah.. sekarang suka masak ape yang aku nak makan sendiri... kadangkala sedap kadangkala tak sedap.. terus terang sudahhhhhh... makin banyak jeragat di muka tapi belum ade garis2 halus di muka yer... jerawat tu kurang sebab kulit ku hanya timbul jerawat masa nak period jer.. time tu muke memang secantik siti nurhalizah.. awet muda katanya... orang tak percaya usiaku early 30.. depa kata baru berusia 25.. ooooo termalu seketika.. nak buat camne, usia tua, jiwa muda... janji rock waka waka...
penampilan diri semakin matang.. tapi belum sepenuhnya menutup aurat.. bila nak berubah ko ni haa.. silalah berubah segera.. ajalnya sentiasa memanggil.. sedihh...


TENTANG KERJA

hmmm.. part kerja.. seperti biasa jer.. aku buat kerja aku jer... tak da ganggu kerja orang lain..  cuba buat sehabis baik. so far unit kami bekerjasama dan saling menghormati.. suasana opis agak hambar dengan kepuakan.. ahhh malas aku nak layan.. janji jangan kaco hidup aku.. tapi ade gak yang cuba nak kaco.. macam biasa di opis tu, kalo sombong dikata berlagak, peramah pun lagi laa di kata gedik.. aku rasa kalo ko kenal aku yang dulu dan sekarang sama je kan.. aku suka gelak2 dan peramah.. aku jenis tak suka nak dengar orang mengumpat.. tapii kadangkala aku mengumpat juga... opppssss... lumrah manusia kan... kalo boleh aku cuba elakkan, tapi terdengar juga.. acaner??? mendapat la ko dosa kan kan... hadoiiiiii... berdosakah aku?? macam perumpaan begini " Dengan aku, kau kutuk dia.. dengan dia, kau kutuk aku.. Kau ingat aku dengan dia, tak kutuk kau?? " kat opis, sekarang ni aku jadi tumpuan sebab dengan status aku kan.. so depa ingat senang laa nak mempermainkan aku... baik dengan seseorang pun kena hencap bukan2.. so biar lah ku begini sendiri.. pakai cantik pun salah ke haa??? dah memang baju aku banyak yang cantik2 dalam lemari tu... 

TENTANG CINTA

rasanya malas dah nak fikir.. kalau ade jodoh nanti, segeralah ku kawin lagi... kalau tak de pun.. biarlah laaa.. fobia nak bercinta dan berkahwin tu sangat terkesan di hati ku.. bila berkawan dengan yang ni, tak serasi plak.. bila dah nak serasi, memasing ego plak.. alahaiii... kan pepatah ade mengata manusia itu tidak semuanya sempurna.. so ko kena laa terima kan kan kan... alaaa yang nak kawan cam adik2 laaa... tak matang mude lagi.. ade plak yang tua berusia baru kenal dah terus ajak kawin... uiksss.. awal bona nak ajak kawin... 
Dahlaaa..Aku malas nak taip lagi.. pening..
Esok lusa tulat aku sambung menulis entry.


 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...