Pages

Thursday 30 January 2014

Sepi Senyap Sekejap... 2014

Selamat Tahun Baru 2014...

Dah sebulan berlalu tahun baru... baru terajin nak update blog yang bersawang ni.. maafkan saya.. walaupun tiada cerita tapi nak jugak buat entry untuk 2014...

Permulaan yang bahagia untuk tahun 2014 ni... belajar muhasabah diri dengan tidak mementingkan diri sendiri.. fikir yang baik2 sajer untuk semua orang... jangan ada sifat hasad dengki dengan apa yang mereka nikmati.. bersyukurlah dengan nikmat yang diberiNya... pelan pelan kayuh untuk berubah... usia pun makin lama makin meningkat.. ajal semakin memanggil untuk di hisab segala amalan... kite tidak tahu bile ajal itu sampai... beringatlah mati itu dekat dengan diri kita...

KELUARGA

Alhamdulillah bahagia bersama Mak dan adik beradik yang lain, ALONG, ANGAH dan ALANG.. Walaupun kesihatan Mak tidak menentu, tapi jiwa die kuat untuk melihat kebahagiaan anak-anaknya..

KERJAYA
So far ni, masih baru lagi di Jabatan X.. banyak yang perlu di pelajari.. dah belajar sistem untuk checking BP&LO... mula mula agak gusar jugak takot salah masukkan amaun.. lama-lama terer sikit da... suka keje ni sebab part tu je kite handle.. tak perlu nak cover sana sini... tapi suasana di jabatan X agak so so so.. rindu pulak dengan suasana jabatan lama... yang mana baik saya ikut, yang mana saya tak berkenan itu, cepat2 lari.... belajar untuk menilai dan memaafkan segalanya...

CINTA
Semoga tahun ini dipertemukan dengan insan yang benar2 jujur dan ikhlas mencintai diri ini.. semoga dapat menikmati bahagia bersama insan tersayang suatu masa  nanti.. tapi Cinta yang hakiki selamanya hanya padamu YA Allah.

TANGGUNGJAWAB
Rasanya tak dapat nak pikul tanggungjawab persatuan politik itu.. dan ingin mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan untuk memberi peluang kepada ahli yang berkelayakan memegang jawatan tersebut. Mungkin atas rasa kesedaran dan komitmen terhadap diri + keluarga membuatkan diriku tak dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut.. atau mungkin sebab sesuatu..

Setakat ini sahaja entry saya.. bila berkesempatan akan update entry yang biasa2 sajer.. Chow..
Semoga Allah menyayangi kalian dan terus tabah menghadapi ujian hidup yang semakin mencabar..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...